Sulit

2 tahun

Anemia dan kebas kaki

selamat sejahtera, saya merupakan seorang pelajar berumur 19 tahun. Saya mempunyai beberapa soalan tentang masalah kesihatan yang sedang saya alami.

  1. Sejak kebelakangan ini, saya mendapati tapak kaki saya akan berasa kebas dalam tempoh yang lama sehingga kadang kadang membuatkan kaki saya menjadi lemah. Hal ini kerap terjadi apa bila saya sedang membuat kerja, boleh saya rahu mengapakah hal sedemikan berlaku ?

  2. Pada usia 13 tahun, saya mempunyai masalah anemia dan tekanan darah rendah. Apabila berjumpa dengan doktor, doktor hanya akan memberikan saya ubat dan ubat tu saya dah ambil dalam tempoh yang lama tapi tiada perubahan berlaku, jadi ibu saya menyuruh saya berhenti mengambil ubatan kerana risau ianya akan memberikan kesan pada buah pinggang. Sejak hari itu, saya. hanya mengambil makanan seperti sayur bayam, daging dan sbgnya. Namun,sya mendapati masalah anemia ini tetap tidak hilang sehingga sekarang. Masalah ini menganggu rutin harian saya kerana berasa seperti hendak pitam, gelap mata, pening dan sakit kepala. Adakah masalah ini serius ?

terima kasih doctor.

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan kekurangan darah.Saya akan cuba untuk membantu.

Untuk makluman anda, kaki kebas mungkin perkara yang biasa dan tidak serius, tetapi jika ia berlaku dengan kerap dan menyebabkan kesakitan, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.Anda juga berkemungkinan berasa kebas akibat kekurangan darah merah dalam badan.

Untuk pengetahuan anda,anemia merupakan gejala di mana anda didapati mengalami masalah kurang darah merah.

Bagaimana anemia berlaku:

  • Tahap sel darah merah atau hemoglobin rendah berbanding biasa.
  • Ini menyebabkan jumlah oksigen kurang dibawa ke dalam aliran darah.

Anemia kekurangan zat besi:

  • Sejenis anemia yang disebabkan kekurangan zat besi dalam badan untuk menghasilkan sel darah merah yang normal.
  • Masalah kekurangan nutrien yang paling biasa di seluruh dunia.

Apakah kepentingan zat besi:

  • Menghasilkan sel darah merah.

  • Sebahagian daripada hemoglobin yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.

  • Sel darah merah mempunyai jangka hayat purata selama 120 hari dalam badan. Badan memerlukan bekalan zat besi berterusan.

Gejala anemia:

  • Pening
  • Kelesuan
  • Lemah badan
  • Kerap sakit kepala
  • Kebas kaki
  • Keinginan untuk makan yang pelik seperti kotoran, ais atau tanah liat.
  • Sejuk kaki dan tangan.
  • Bengkak lidah dan tekak
  • Kuku rapuh
  • Kulit pucat

Diet untuk mengatasi masalah anemia:

  • Sayur berdaun hijau.
  • Kacang
  • Tiram
  • Daging merah kurang berlemak
  • Ikan.

Minuman:

  • Jus buah-buahan sitrus dengan makanan.
  • Jangan minum teh atau kopi dengan makanan kerana menjejaskan penyerapan zat besi.

Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah anemia atau kekurangan darah anda.
AdobeStock_333921003

HAPPY%20GIRL

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)