Sulit
3 tahun
Objek begerak dan kekurangan darah
Saya berumur 16 tahun Saya ada masalah nampak sesuatu objek seakan ii bernafas dan begerak semasa saya letih …saya pernah ade sejarah penyakit kehilangan darah yang banyak dalam badan kerana period saya tidak stable…dalam masa 2 bulan darah saya tidak henti keluar…apa maksud objek yg saya selalu nampak yg seakan ii bernafas …?? Mohon penjelasan
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kekalkan hidup yang bertenaga dengan bantuan suplemen! Klik disini untuk maklumat lanjut.
Gejala-gejala yang anda alami sekarang boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya:
- kekurangan zat besi dalam tubuh
- kekurangan rehat atau gangguan tidur
- tabiat pemakanan yang tidak seimbang
- kekurangan air (dehidrasi) atau gula (hypoglycemic) dalam tubuh
- atau tanda-tanda awal penyakit kronik yang memerlukan rawatan doktor
Ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan pembuatan sel darah merah atau anemia
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi atau tekanan personal
- komplikasi dari gangguan atau sakit kepala atau saraf
- dll.
Sementara menunggu rawatan secara langsung dari doktor, anda boleh cuba:
- meningkatkan pemakanan yang tinggi kandungan protein & zat besi
- daging
- sayur hijau seperti bayam
- kacang-kacangan
- makanan laut
- mengambil suplemen besi
- meningkat senaman & eksesais rutin
- amalankan gaya hidup sihat
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.