Sulit
3 tahun
Kepenatan selepas pindah rumah
Hai doctors. Saya Fatin, berumur 32 tahun dan berkahwin. Saya memang kurang aktif dalam bersenam. Tetapi seminggu yang lepas saya memang sibuk mengemas rumah utk pindah jadi saya kurang rehat Dan tak cukup tidur. Jadi selepas selesai siap rumah baru, saya start rasa kepenatan dari mengemas, saya mula rasa simtom seperti
1)penat, batuk, gatal hidung (mungkin sebab habuk) rasa badan macam seram sejuk. Tapi suhu saya normal…
2) hari ke2 saya mula rasa sakit kepala, tapi bila pejam mata tu macam sakit sikit urat mata tu. Mata hidung rasa macam panas2 gitu. Masih lagi seram sejuk, tak tahu lah mungkin cuaca pun x panas Sgt harini. Tapi xde batuk xde selesema. Tapi rasa penat.
3) saya mula minim air kosong banyak sebab kemungkinan dehydration, saya mula rasa badan sudah kurang rasa sejuk.
Adakah semua ini disebabkan dehidrasi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala dan cepat penat. Untuk makluman anda, masalah pening kepala dapat berpunca oleh beberapa perkara, seperti:
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
- vertigo
Anda rasa pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan anda di atas, sekiranya anda berasa seperti hendak pitam, anda dinasihatkan untuk berehat sebentar daripada aktiviti yang mungkin anda sedang lakukan. Anda juga dinasihatkan untuk makan makanan seimbang dan pengambilan air yang cukup (8 gelas sehari) setiap hari. Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disyorkan untuk pergi berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut untuk rawatan yang tepat. Bagi mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, pemeriksaan fizikal adalah diperlukan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala .