Sulit
3 tahun
Lenguh dan kekurangan berat badan
Assalamualaikum.saya wanita berusia 21 tahun.saya sering mengalami sakit dari paha hingga ke kaki yang menyebabkan saya tidak dapat tidur.selain itu juga saya sering lenguh tangan…apakah puncanya?saya juga seorang wanita yang mempunyai bmi yang tidak stabil kerana kekurangan berat badan.dan sewaktu saya tingkatan 4 semasa mengambil ujian talasemia saya didapat kekurangan zat besi.adakah ia berbahaya dan apakah kesan-kesannya jika ia tidak dirawat segera.terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Anemia; kurang sel darah merah disebabkan oleh beberapa faktor seperti
- Zat besi
- Talasemia
- Vitamin
- Pendarahan yang banyak semasa datang haid
- Kekurangan zat makanan seperti protein
- Hipoglisemia; menyebabkan anda berasa lesu dan lemah badan
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengenai masalah yang anda hadapi. Kami amat galakkan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya punca sebenar dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Berikut merupakan tanda dan kesan anemia sekiranya tidak dikawal (jika anda mengalami tanda yang disebutkan di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera):
- Memerlukan transfusi darah (masuk darah)
- Pucat
- Pitam
- Masalah jantung
- Lesu sehingga mengganggu aktiviti harian
- Degupan jantung yang laju dan tidak sekata
- Sakit dada dan sukar bernafas
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam mengenai keadaan anda. Terima kasih.