jeirtom
3 tahun
Berkenaan Ujian Haematology
Hi Doctor, Saya Tom,31.
Baru-Baru ini saya telah buat Medical Cek up. Ujian menunjukkan
RBC 6.8 H
MCV 6.6 L
MCH 20 L
MCHC 31 L
Apakah penyebab dan cara untuk menjadikan Normal.
Clinical History: Young Hypt & Gastrik.
Ex Smoking (5 month)
Ex Alcohol (Last 5 month)
Apa yang perlu saya lakukan supaya bacaan menjadi normal. Terima kasih Doktor.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bacaan darah anda berkemungkinan menunjukkan kurang hemoglobin dalam sel darah merah. Hal ini umumnya disebabkan kurang zat besi atau disebabkan penyakit kronik yang dialami anda. Bagi mengembalikan bacaan darah kepada paras normal, anda boleh perbanyakkan makan makanan berprotein seperti daging merah, ayam dan perbanyakkan sayuran dan buah-buahan. Sekiranya anda mempunyai gejala kepenatan dan sesak nafas (tanda-tanda anemia), maka anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Sekian
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!