Sulit
3 tahun
Badan lesu dan sengal”
saya perempuan 15 tahun, pada tahun 2018 saya pernah menghidap anemia tapi dah disahkan sembuh pada 2019. soalan saya , saya sakit di belakang bahu sengal" , badan saya jadi lemah dan lesu sepanjang masa. kadang" daya cepat sakit kepala , bila saya duduk kemudian bangun dengan cepat kepala saya akan pening seperti nak pitam. kaku dan tangan saya juga kerap rasa sejuk. mengapa ya ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit tiroid - hipotiroid (tiroid tidak aktif)
- Anemia - kurang sel darah merah
- Kencing manis - badan tidak dapat menggunakan gula secara efisyen
- Masalah tidur tidak cukup
- Keletihan pasca-demam virus
Disebabkan anda mempunyai sejarah penyakit anemia, saya sarankan anda untuk membuat ujian darah di mana-mana klinik berdekatan untuk memastikan anda tidak mengalami gejala-gejala anemia.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah anemia atau kekurangan darah anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.