Sulit
3 tahun
Keletihan, mengantuk, sendawa, sesak nafas, anemia dan alergi
saya berusia wanita 24 tahun, mengalami keletihan, mengantuk, pening, sesak nafas, alergi, hb rendah dan sendawa berterusan. saya dah lengkap 2 dos vaksin comirnaty.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, keletihan, mengantuk, pening, sesak nafas, sendawa dan hb rendah boleh disebab oleh penyakit kurang darah (anemia). Penyakit anemia boleh disebab oleh beberapa perkara seperti jangkitan, kurang penghasilan darah sebab kekurangan zat makanan seperti zat besi, pendarahan yang tidak diketahui, pendarahan berlebihan dan penyakit lain.
Selain itu, vaksin comirnaty tidak akan menyebabkan kesan gejala anda tersebut. Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.