Sulit
3 tahun
Masalah kekurangan darah merah
Saya kekurangan darah merah. Saya sering sakit kepala dan terasa nak pitam. Apakah yg patut saya lakukan?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara tanda-tanda anemia atau kekurangan sel darah merah adalah:
- Keletihan dan lemah
- Pening
- Pitam
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- Kulit pucat atau kekuningan
- Kadar denyutan jantung yang cepat
- Penafasan yang laju
- Tekanan darah rendah
Anda perlu melakukan pemeriksaan darah di klinik berdekatan untuk mengetahui tahap anemia anda. Rawatan anemia juga akan bergantung kepada jenis anemia yang dihadapi. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut dan rawatan yang tepat dalam hal ini.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.