Sulit
3 tahun
Mengantuk, keletihan, tidak bermaya, alergi dan hb rendah
Saya wanita berusia 24, saya rasa keletihan, mengantuk, tidak bermaya. Muka dan badan gatal. Kadang kala sakit kepala . Saya alergi dan juga hb rendah.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, keletihan, mengantuk, tidak bermaya, kegatalan, sakit kepala dan hb rendah boleh disebab oleh penyakit kurang darah (anemia).
Penyakit anemia pula boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan, kurang penghasilan darah sebab kekurangan zat makanan seperti zat besi, pendarahan yang tidak diketahui, pendarahan berlebihan, masalah kelenjar, ketumbuhan dan penyakit lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.