Sulit
3 tahun
Saya kurang darah merah dan selalu pening kepala
Hi i am woman 18 years old. I pernah disahkann menghidap anemia and masa ni last year , ubat i dah stop sebab appointment asyik kena tunda je , for now i taktahu darah i kurang lagi atau dah normal … tapi i selalu pening rasa nak pitam sebab i kurang minum air
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kemungkinan gejala yang dialami adalah disebabkan oleh anemia. Gejala anemia termasuk:
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Sakit dada
- Jantung berdebar
- Sukar bernafas
- Pitam atau hampir pitam
- Pucat
- Lemah dan lesu badan
Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah anemia atau kekurangan darah anda.
Selain itu, gejala yang dialami juga boleh disebabkan oleh:
- Dehidrasi (kekurangan air)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Ketidakseimbangan elektrolit (electrolyte imbalance)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anemia boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa sekiranya tidak dikawal dan dirawat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.