Sulit
3 tahun
Saya penghidap penyakit anemia
saya wanita 30 an…saya hidap penyakit anemia ni sejak 2019…sekarang saya berasa lagi teruk dari sebelum ni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang mengalami anemia, seperti:
- Kekurangan zat besi
- Kekurangan G6PD
- Kekurangan vitamin B12
- Genetik (hemofilia atau penyakit von Willebrand)
- Kanser darah
- Pendarahan yang banyak
Anda perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Lemah badan
- Pitam atau hampir pitam
- Sakit dada
- Sukar bernafas
Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah anemia atau kekurangan darah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan anemia adalah berdasarkan tahap hemoglobin di dalam badan dan juga berdasarkan sebab mengapa anda mengalami anemia. Oleh itu, maklumat lanjut mengenai masalah anemia anda perlu diketahui.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.