Sulit
3 tahun
Rasa terlalu letih dan tiada tenaga. Fatigue, Frequent Urge To Urinate And Frequent Urination
Dr, boleh saya tanya, normal ke kalau saya rasa extremely fatigue even though tak buat apa apa pun .rasa macam badan tak cukup air tapi bila minum air setiap 15 minit mcm tu saya asyik ke tandas.rasa mcm tak ada tenaga walaupun dah makan dan rest.bila buat aktiviti yg kluar kan tenaga sikit mula rasa tercungap-cungap…kenapa ya Dr ? Atau ni semua cuma side effect dari mdd yg saya ada, I’m 20 years old,not married yet
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi perlu diperiksa dengan lebih mendalam kerana terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku seperti:
- Kekurangan sel darah merah (Anemia)
- Kekurangan gula dalam darah
- Tekanan darah rendah
- Masalah kelenjar tiroid
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.