
Sulit
4 tahun
Gatal badan selepas bersalin
Hye dr boleh terangkan… sejak selepas bersalin saya mengalami gatal badan mcm miang dan mcm kena ulat bulu dr…adakah disebabkan hormon berubah? Rambut saya pun keguguran teruk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melaui talian.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi selepas bersalin iaitu gatal gatal di seluruh badan. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gatal akibat darah tinggi dengan urea
- Darah tinggi dengan bahan kimia fosforus yang tidak dapat dibuang dalam rawatan dialisis
- Dermatitis atopic - sejenis alergi biasanya pada orang asma dan resdung
- Contact dermatitis terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan gatal
- Jangkitan kulit seperti kulat, kutu, kudis buta, dan lain-lain
- Gatal terkait penyakit sistemik seperti masalah buah pinggang, masalah hati, penyakit darah dan lain-lain
- Akibat ubatan
- Penyakit atopik seperti ekzema
- Alahan/ alergi
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Gejala rambut gugur selepas bersalin ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sindrom Polisistik Ovari
- Tekanan emosi/fizikal
- Penggunaan produk rambut tidak bersesuaian - alahan kulit rambut
- Kurang zat besi dalam diet
- Kesan pil perancang
- Lebihan vitamin A
Bagi mengatasi masalah ini, antara langkah umum yang boleh diambil adalah seperti:
- Kurangkan stres
- Pemakanan seimbang
- Pengambilan suplemen tambahan - perlukan nasihat doktor sekiranya tidak pasti suplemen yang seusai atau tidak
- Elakkan pemakaian produk rambut yang tidak berdaftar/bahaya
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.