
Sulit
4 tahun
Hamil 5 minggu, anak aru berusia 11 bulan (czer)
Saya hamil 5 minggu. Anak pertama & kedua czer. Anak kedua baru berusia 11 bulan. Bolehkah saya teruskan dengan kandungan sekarang ini atau sebaliknya. Harap doktor dapat membantu.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang situasi yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan juga, sememangnya menurut konsensus umum, jarak kehamilan yang digalakkan adalah 2 tahun di antara kehamilan.
Saya sarankan puan untuk pergi ke klinik/hospital berdekatan dan membuat saringan untuk memastikan apakah benar terjadi kehamilan dan apakah terdapat risiko sekiranya kehamilan dilanjutkan. Berdasarkan SOP umum hospital di Malaysia, indikasi bagi menggugurkan kandungan termasuk:
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si ibu
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si bayi
- sekiranya bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan kematian, dll.
Walau bagaimanapun, ujian UPT (sekiranya kaedah itu yang telah digunakan dalam menentukan kehamilan) hanya satu dari pelbagai cara untuk mengenal pasti kehamilan. Berbincanglah dengan suami dan keluarga yang tercinta dalam menentukan langkah-langkah selanjutnya dalam menghadapi situasi seperti ini. Semoga keputusan memihak kepada anda sekeluarga.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.