
Sulit
4 tahun
Hitam di celah punggung
Hi doc, sy nak tanya kenapa kawasan tertentu seperti bwh payudara celah kelangkang celah punggung vagina dan ketiak saya semakin hitam. Sy pernah kena kurap dan ianya meninggalkan kesan hitam di seluruh badan. Sy malu kerana sy bakal berkahwin. Ada tak cara atau produk yang sesuai doc? Sy dh try mcm2 Produk yg org jual tp masih tiada kesan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kehitaman di bahagian lipatan kulit adalah normal. Anda perlu rajin melembapkan kulit dengan losyen dan minum banyak air supaya kulit anda tidak kering. Anda juga boleh cuba menggosok bahagian lipatan kulit anda dengan lemon. Selain itu, anda harus rajin ‘exfoliate’ untuk membuang sel kulit yang mati.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.