
Rozi
6 tahun
Jangkitan melalui seks oral?
doktor…jika saya ada melakukan seks oral buat pertama kali tidak menggunakan kondom…adakah kemungkinan saya dijangkiti penyakit gonorhea dan chlamydia?

6 tahun
Hai dan selamat petang untuk anda. Terima kasih atas soalan anda. Jika anda baru melakukan seks oral buat pertama kali, kebarangkalian untuk anda terkena jangkitan penyakit kelamin seperti gonorrhoea dan chlamydia adalah sedikit.
Hal ini kerana hanya pasangan yang mempunyai jangkitan bakteria tersebut sahaja yang boleh menyebabkan anda terkena jangkitan kuman tersebut jika melakukan hubungan intim sama ada secara oral, vaginal atau melalui dubur.
Langkah-langkah untuk mencegah penyakit kelamin adalah sangat penting untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian terutamanya hal yang berkaitan dengan alat kemaluan kita. Pertama sekali, setia dengan pasangan anda. Pesanan ini sangat penting kerana mempunyai pasangan yang satu dapat mengurangkan risiko untuk dijangkiti bakteria-bakteria yang akan menyebabkan penyakit kelamin. Jika anda melakukan hubungan kelamin, sila pastikan anda dan pasangan menjaga kebersihan alat kemaluan seperti membasuh sebelum dan selepas melakukan hubungan seks. Jika anda mengetahui pasangan anda mempunyai penyakit kelamin, sila memakai kondom sebelum melakukan hubungan intim.
Namun, penggunaan kondom jenis nonoxynol-9 telah dikenalpasti menyebabkan iritasi atau kegatalan pada kemaluan wanita. Selain itu juga, kebersihan pakaian harian terutamanya pakaian dalam haruslah dijaga sebaik mungkin untuk mengelakkan jangkitan bakteria pada bahagian kemaluan.

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih untuk soalan anda.
Anda berisiko tinggi untuk mengalami HSV 1 kerana anda terlibat dalam kegiatan seks oral. Virus ini boleh menyebakan ulser di dalam mulut dan juga demam. Untuk masa sekarang, tiada penawar untuk virus ini. Rawatan ini biasanya memberi tumpuan kepada menyingkirkan luka dan mengehadkan wabak. Ubat-ubatan ini boleh membantu individu yang dijangkiti mengurangkan risiko menyebarkan virus kepada orang lain dan juga membantu menurunkan intensiti dan kekerapan wabak. Ubat-ubat ini termasuk acyclovir, famciclovir dan valacyclovir.
Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan, anda boleh menyebakan penyakit anda kepada orang lain. oleh itu, saya menyarankan anda untuk melakukan seks secara selamat. Anda boleh menggunakan kondom kerana ia boleh mencegah penyebaran penyakit kelamin atau dikenali sebagai Sexually Transmitted Diseases(STI).
Untuk jangkitan seperti gonorrhea, anda mempunyai peluang untuk mendapat jangkitan tersebut sekiranya pasangan anda mempunyai jangkitan gonorrhea. Gonorrhea disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae. jangkitan ini boleh menyebabkan sakit tekak, sakit semasa kencing, kerap mengencing dan pengeluaran cecair seperti nanah dari vagina yang berwarna kuning atau kehijauan. Ia boleh dirawat dengan antibiotik seperti azithromycin atau ceftriaxone.