
senpaianiki2020
4 tahun
Kain Melekat pada Luka
Saya mengalami luka pada bahagian kaki sebelah kanan akibat kemalangan… saya ingin mencuci luka pada kaki tersebut tapi kain yg menutup luka itu melekat pada luka… saya dah rendam dengan air panas hampir 3 jam tapi kain tu masih tidak tertanggal… apakah cara terbaik untuk mencabut kain itu? Dan bagaimanakah cara untuk saya mengelakkan kain dari melekat pada luka ketika saya hendak menutup luka tersebut kembali?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda digalakkan untuk terus ke klinik bagi tujuan membersihkan luka tersebut. Anda digalakkan untuk menggunakan penutup luka yang mempunyai gel supaya tidak kering. Anda boleh minta pendapat doktor di klinik untuk contoh ‘dressing’ yang sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.