
arie.zzz007
4 tahun
Keguguran 9 minggu tetapi janin masih belum keluar
Saya keguguran 9 minggu pada 17/06/2019. doktor mengesahkan no fetal heart. tetapi pada 08/06/2019 saya ada ke klinik pakar sakit puan untuk scan kandungan dan dapat melihat jantung dan mendengar degupan jantung janin. saya ke klinik pada 17/06/2019 kerana terdapat sedikit bleeding. doktor memberitahu yang saya keguguran dan perlu pulang dan menunggu sahaja secara alami janin itu keluar dari rahim. saya tidak mengalami pendarahan yang banyak atau luarbiasa, tetapi ada segumpal darah yang seperti perut ikan. saya membersihkan & menyimpannya tetapi bagaimana untuk saya mengetahui adakah ia adalah janin @ hanya gumpalan darah/daging biasa sahaja.
dan bagaimana cara yang cepat untuk saya mengeluarkan janin secara alami sekiranya janin masih belum keluar?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Tanda yang paling biasa keguguran adalah pendarahan vagina, yang boleh berbeza-beza dari warna merah atau coklat kepada pendarahan yang banyak. Sekiranya ia berlaku pada awal kehamilan, anda mungkin berfikir ianya hanya darah haid.
Tanda-tanda lain mungkin termasuk:
- kesakitan di bahagian bawah perut, yang boleh berbeza dari rasa sakit seperti senggugut atau seperti cramp semasa bersalin
- keluar cecair dari faraj anda
- keluar darah beku atau ketulan daripada faraj.
Plasenta dan kantung pula boleh mengambil masa satu jam atau beberapa jam untuk keluar. Pada waktu ini mungkin terdapat kekejangan yang paling maksimum dan pendarahan selalunya lebih banyak pada fasa ini.
Bagaimanapun, untuk pengesahan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalankan pemeriksaan fizikal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.