
Sulit
4 tahun
Kepala rasa melayang apabila baring
saya wanita lewat 20an… masih bujang … hampir dua minggu … saya mengalami rasa melayang di kepala apabila saya nak baring. lepas tu kepala rasa berat bila nak bangun …
sementara tu sya kerap rasa loya serta nak muntah . kerap membuang air besar .
saya dah buntu nak makan apa supaya hilang rasa loya tu.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
- terkait faktor-faktor psikologi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- gangguan keseimbangan tubuh ( labyrinthitis, tinnitus, vertigo, dll.)
- gangguan penglihatan (rabun, silau yang ektrim, mata juling, dll.)
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- tanda-tanda sindrom pra menstruasi
- gangguan kitaran haid
- atau gangguan ketidakstabilan hormon
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan anda mendapatkan nutrisi yang cukup
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).