
Sulit
5 tahun
Kerandut zakar gatal dan sekeliling
Zakar saya terasa gatal di kerandut dan batang zakar. Ada benjolan seperti gigitan nyamuk …tak sakit bila picit tapi gatal benjolan tu semakin besar dan banyak…di kerandut dan kepala zakar saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah gatal-gatal di daerah zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
- candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun
Harus diketahui bahawa pengubatan untuk masalah ini harus ditangani dengan konsisten. Antara yang digalakkan untuk anda lakukan bagi mengurangkan kejadian ini adalah:
- Mengurangkan berat badan agar kulit peha tidak bergesel
- Mengelakkan memakai seluar yang ketat
- Pastikan bahagian tersebut kering. Kenakan bawahan dari bahan yang menyerap peluh seperti kapas
- Elakkan berkongsi tuala atau menggunakan tuala yang lembap
- Jauhi berkongsi pakaian dalam ataupun cadar dan sebagainya
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan rawatan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.