
Sulit
3 tahun
Kerap kentut dan pedih
Ayah saya yang baru pulang ke rumah selepas koma hampir 2minggu akibat covid 19.Sekarang ni ayah saya mengalamai kerap kentut dan berasa pedih di bahagian lubang duburnya.Saya ingin bertanya apakah masalah yang dialami ayah saya dan cara mengatasinya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang gejala kerap kentut dan berasa pedih pada bahagian lubang dubur yang dialami oleh ayah anda. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakit dan pedih pada kawasan anus yang disertai gejala kerap mengeluarkan gas (kentut) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- gangguan sembelit
- gas saluran pencernaan yang berlebihan
- makanan yang terlalu pedas
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- irritable bowel syndrome
- jangkitan kuman pada saluran usus
- buasir
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.