
Sulit
4 tahun
Kesan selepas mengambil air tulang belakang
Saya berumur 21 tahun , semasa 2018 saya kena denggi, masuk Icu 4 hari kerana tidak sedar, doctor mengambil air tulang belakang untuk tengok punca kenapa tidak sedar. Tapi doktor tidak jumpa sebarang kuman atau penyebab tidak sedar. Saya duduk hospital 10 hari. Sekarang belakang saya kerap sakit kalau bangun pagi tu mcm x boleh nak bangun sakit sangat2. kenapa ye adakah itu berpunca dari kesan mengambil air tulang belakang?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah dari dua hingga tiga tahun yang lalu, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital tempoh hari atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan pelbagai kaedah rawatan plueral efusi di rongga paru-paru, seperti thoracocentesis, chest tube, dan lain-lain. Manakala air tulang belakang atau cerebral spinal fluid merupakan rawatan yang terkait dengan gangguan persarafan tulang belakang.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.