
dawnduskm
4 tahun
Kulit kepala berkeruping, berkudis, rambut gugur
Hai, saya lelaki berumur 29 tahun, dan sejak kecil, seawal umur 11-12 tahun dahulu, kepala saya kerap berkelemumur dan berkeruping, seperti mengeras dan mengelupas. Ada kalanya, saya terasa tajam pada kulit kepala, seperti jerawat, tetapi ada yang mengatakan kulit kepala saya berkudis. Apabila dipicit, ia berair.
Pelbagai produk shampoo dan ubat rawatan rambut telah saya guna, tetapi tidak berkesan. Sehinggalah saya berumur 20 tahun dahulu, saya memutuskan untuk botakkan rambut terus.
Ianya dapat menghilangkan masalah kudis tersebut, tetapi, walaupun kepala sudah dipotong rambut, saya mendapati masih ada masalah kelemumur, dan bintik-bintik kecil yang sangat banyak seperti jerawat di seluruh kepala saya.
Saya telah mencuba pelbagai kaedah, moden dan tradisional.
Apakah yang patut saya buat? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini **DoctorOnCall**untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kulit kepala yang dialami boleh jadi disebabkan pelbagai perkara. Anataranya:
- dermatitis seboroik
- akibat jangkitan kulat
- dermatitis
- Alahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.