
Sulit
3 tahun
Kulit kepala berkudis dan gatal
saya berumur 30an, kulit kepala sy kemerahan, gatal berkudis.apa perlu sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah kulit kepala berkudis dan gatal serta kemerahan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.