
Sulit
5 tahun
Kulit Lipatan Mengelap
Hi, sy berumur 21. Saya merasa gatal2 di setiap area lipatan. Selepas saya garu2, lama2 kawasan lipatan sy merah dan meninggalkan kesan gelap. Adakah cara utk atasi perkara ini? Mcm mna nak cerahkan semula lipatan kulit tersebut. Perkara ni berlaku semasa sy berumur 12tahun lagi. Kesan hitam tu pun susah nak tanggalkan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kawasan lipatan badan boleh disebabkan:
- Ekzema - apabila selalu menggaru akan menyebabkan kehitaman yang dinamakan “lichenification”
- Psoriasis
- Jangkitan kulat
- Dermatitis herpetiformis - akibat alahan pada gluten
- Lichen planus/sclerosis - akibat sistem imun lemah
Berdasarkan sejarah kesihatan anda, kemungkinan ekzema itu tinggi dan memerlukan rawatan berpanjangan dengan segera bagi mengelakkan kerosakkan pada kulit anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.