
Sulit
4 tahun
Kulit zakar selalu kering dan menggelupas
Saya lelaki 24 thn…kulit kepala zakar saya sering kering dan menggelupas…bru bru ini saya dishkan terkena radang zakar…suadah sapu pelembab yang diberikan doktor tetapi terjadi kembali…rasa tidak selesa di bahagian kemaluan kadang kadang rasa pedih…kulit nampak sedikit kusam…adakah ini trauma pada alat sulit saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dari pihak kami bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah zakar luka dan mengelupas boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Alahan terhadap ubat atau bahan kimia
- Dermatitis Kontak Alergi
- Komplikasi trauma & luka
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- atau gangguan kulit yang lain
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- meneruskan rawatan yang telah diberikan
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka / nanah
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- amalkan cuci alat kelamin dengan bersih
- digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan luka
- berjumpa doktor anda kembali untuk menjelaskan tentang kadar keberhasilan rawatan
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda merasakan sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor yang berdekatan dengan kadar segera.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kelamin dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah