
Sulit
4 tahun
Lenguh badan,cepat letih,kebas
Salam, sy seorang perempuan, umur 35.sekarang pregnant 4 bulan lebih, selepas bersalin anak sulung 2010, badan jadi selalu cepat penat, letih,lesu, 2011,2013,2015 Dan 2018 bersalin…sepanjang tahun itu sy kerap pening, jalan mcm robot,tk seimbang badan, mcm kejang otot, tk larat,cepat penat,lesu, selalu berdebar.walaupun tk buat kerja berat still cepat penat Dan lenguh…sy tk pernah ambil apa2 supplement…Bulan 2 tahun Lepas, sy ada mengemas bilik, sedikit penat sebb Ada tolak2 almari…badan sy tiba2 jadi kebas masa tidur, 3 pagi…kebas sebelah kiri badan.badan jadi lemah, mcm tk larat angkat paha Dan Kaki, beberapa Bulan keadaan begitu…sebelum kejadian itu pun, Ada jg kebas2, to tk la sampai sebelah badan.kemudian,Sy buat urutan khas saraf, sudah setahun masalah ini ,skarang Masih lagi kebas tgn Dan Kaki, sy buat ujian darah ok, x-ray tulang blakang .tk Ada masalah…sy kerap jgk sakit bahu Dan tengkuk…sehingga menjalar ke kepala…bila menjalar ke kepala, terasa lenguh2 Dan kebas kepala.bila buat kerja dapur, sidai Kain…so terasa lenguh2…sekarang ni kebas Kaki Dan tgn tidak seteruk dulu,tp Masih Ada terasa terutama malam…adakah ia disebabkan oleh saraf atau kekurangan vitamin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh kawan anda. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Anemia (kurang darah merah)
- Masalah jantung
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Migrain
- Masalah saraf
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah kesihatan yang anda sedang alami kerana maklumat lanjut adalah diperlukan. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya. Disebabkan anda sedang hamil, perhatian lebih dan lanjut perlu diberikan oleh anda dan doktor.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Kebas-kebas atau lemah anggota badan
- Pening kepala
- Gangguan penglihatan
- Sakit perut
- Muntah-muntah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.