
Sulit
5 tahun
Masala Kanser prostat
Apakah simptom kanser prostat atau radamg zakar serta kesan nyaa pada diridan cara mengenal pasti kanser prostat serta cara mengubati nya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, kanser prostat selalunya berlaku dalam golongan yang brusia. Pesakit selalunya tidak mengalami sebarang gejala semasa peringkat awal kanser prostat. Namun begitu antara gejala yang biasa dialami adalah:
Sering tergesa-gesa untuk membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam.
Kesukaran untuk memulakan dan mengekalkan aliran air kencing.
Kencing yang menyakitkan termasuklah semasa ejakulasi.
Kesukaran untuk mencapai atau mengekalkan ereksi.
Kanser prostat tahap akhir boleh melibatkan gejala berikut:
sakit tulang, selalunya bahagian tulang belakang, femur, pelvis, atau tulang rusuk.
Tulang retak atau patah
Jika kanser merebak ke tulang belakang dan menekan saraf tulang belakang,anda mungkin mengalami:
Kelemahan di bahagian kaki.
Kencing yang tidak boleh dikawal dan berlaku tanpa disedari.
Berak yang tidak boleh dikawal dan berlaku tanpa disedari. ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Terdaapt pelbagai jenis rawatan bagi penyakit ini. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, tahap kanser ini haruslah diketahui. Oleh itu, sekiranya anda mengesyaki anda mengalami masalah kanser prostat anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut serta pemeriksann terperinci adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.