
Sulit
4 tahun
Masalah kulit muka yang timbul biji² putih, kulit kemerahan dan pedih
Saya mempunyai masalah kulit muka dimana timbul biji² putih, kulit kemerahan dan pedih, kadangkala ia berasa gatal. Ia berlaku di bahagian pipi (ketara) dan dahi (sedikit shj) secara on off. Sy perasan apabila panas dan berpeluh ia akan berlaku. Masalah ini berlaku sejak 2019. Saya bukanlah seorg yg memakai alat solek kerana dari kecil kulit sy agak sensitif dan saya telah tidak menggunakan pencuci muka sudah hampir 2 minggu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala gatal pada muka anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jerawat atau jeragat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
- Alahan - pada produk pencuci muka atau sentuhan
- Penyakit auto-imun seperti SLE
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.