
Anonymous
5 tahun
Masalah lendir putih keluar melalui zakar
Saya lelaki yang berusia 24 tahun… Semasa saya ingin membuang air kecil… Saya dapati hujung zakar saya terdapat lendir putih (bukan air mani)bila saya sudah buang air kecil ianya sudah hilang…tapi bila kali kedua saya ingin membuang air kecil lendir putih tu ada lagi…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat banyak keadaan yang menyebabkan keluarnya nanah dari kemaluan lelaki. Punca keluarnya nanah dari kemaluan lelaki terbahagi kepada dua iaitu disebabkan penyakit kelamin dan bukan disebabkan penyakit kelamin.
- Disebabkan oleh penyakit kelamin
- Jangkitan chlamydia
- Jangkitan gonorea
- Jangkitan mycoplasma genatilium
- Jangkitan ureaplasma
- Bukan disebabkan penyakit kelamin
- Jangkitan pada pundi atau saluran kencing
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih