
Sulit
4 tahun
Mudah semput dan mengah ketika berlari
Saya lelaki berumur 23 tahun…ketika senaman pagi terutama ketika berlari saya mudah lelah dan semput semasa berlari. Kadang2 selepas melakukan senaman saya punya kepala akan berasa pening

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah keletihan selepas melakukan senaman boleh disebabkan oleh kekurangan keupayaan paru-paru untuk menerima oksigen atau udara yang diperlukan bagi menghasilkan tenaga dalam badan. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit seperti:
- Penyakit sel darah merah anemia
- Penyakit penyekatan salur pernafasan atau asma
- Penyakit jantung.
- Kurang gula dalam darah (Hypoglycemia) atau penyakit kencing manis.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun,bagi gejala pening yang berlaku khususnya selepas melakukan senaman, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Sakit kepala yang khusus berpunca daripada aktiviti senaman
- Dehidrasi
- Kurang gula dalam darah.
- Senaman yang salah
Secara konklusinya, kami berpendapat bahawa masalah yang anda hadapi ini adalah disebabkan oleh masalah kekurangan gula dalam badan akibat tabiat pemakanan atau penyakit-penyakit metabolisma badan yang perlu disiasat lanjut oleh doktor anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan pendapat mereka lebih lanjut dan mengemukakan rawatan yang sewajarnya jika perlu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.