
Sulit
4 tahun
Muntah selepas makan dan tiada selera makan
saya mengalami gejala muntah selepas makan dan tiada selera makan . sudah buat scop masuk lalu mulut sehingga depan usus kecil . doctor kata tiada masalah . tetapi dalam 1 minggu ni keadaan makin teruk . saya tak dapat makan kerana tidak boleh makan . saya sudah cuba untuk lawan , paksa makan . makanan terpaksa di muntah kan semula serta mengalami banyak symptom lain . selalu sakit leher ketika bangun tidur . badan selalu letih yang teramat . najis tidak sihat . adakah saya ada masalah pada usus .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang muntah selepas makan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sukar untuk saya menyatakan apa yang sebenarnya anda alami tanpa persoalan lanjut dan pemeriksaan di klinik. Namun gejala gejala susulan yang anda telah alami seperti letih, dan najis tidak sihat mungkin berpunca daripada masalah anda kurang makan.
Namun, secara umum, hilang selera makan dapat disebabkan oleh pelbagai perkara atau penyakit dasar, seperti:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Kanser
- Masalah psikiatri seperti anorexia nervosa
Sebaiknya anda segera mendapat rujukan sebelum tubuh badan anda menjadi terlalu lemah akibat kurang masukan nutrisi. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Dapatkan pemakanan yang sihat untuk tubuh yang cergas !
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.