
redviolet00
5 tahun
Penggunaan nebulizer di rumah
Salam, doktor. Boleh kah penggunaan nebulizer utk melegakan kahak di lalukan sendiri dirumah… Sy ad lihat di internet ad menjual mesin nebulizer utk memudahkan para ibubapa jika anak2 demam batuk berkahak … Adakah sebarang cara atau kaedah penggunaan dan cecair yg digunakan semasa proses menyedut gas tu adkh kesan sampingan. Adkh cecair yg digunakan semasa proses nebulizer tu disahkan oleh kkm dan selamat digunakan dirumah sendiri? Bagaimana dos yg sesuai utk penggunaan…dan berapa kerap penggunaan mesin itu dirumah… Utk makluman ank sy selalu ad mslh kahak dan dada berbunyi setiap kali batuk berkahak dn amat susah utk dikeluarkn secra manual. Biasa nye sy akn ke klinik utk ambil neb dn legakan paru2 dia… Jd sy ingin kepastian jika alternatif lain bole digunakan sendiri dn lebih awal jika ank sy terkena jangkitan demam, batuk, kahak ini.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Penggunaan nebulizer sememangnya banyak digunakan diklinik mahupun hospital. Ia bergungsi dengan melembapkan udara dengan wap panas agar ianya senang disedut oleh seseorang yang mempunyai batuk berkahak ataupun sesak nafas. Kadang-kala, penggunaan nebulizer juga ditambah dengan ubat pembuka saluran udara bagi melancarkan lagi proses pernafasan. Ubat ini adalah ubat yang sama digunakan oleh pesakit asma. Sekiranya anak anda mempunyai masalah batuk berkahak yang berpanjangan serta sukar mengeluarkan kahak, maka pemeriksaan lanjut adalah diperlukan untuk mengenalpasti puncanya. Selain itu, penggunaan nebulizer di rumah memerlukan kebenaran hospital keran jika cara penggunaan salah boleh membahayakan seseorang dari segi kerosakan saluran udara ataupun jangkitan paru-paru.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.