
Sulit
4 tahun
Probiotik untuk GERD
Saya lelaki berumur 31tahun,baru² ini saya telah mendapatkan rawatan(Endoscopy & colonoscopy) dan saya didapati menhidap GERD.
Sekarang saya mengambil ubat nexium mups dan probiotik.
Jadi saya ingin mendapatkan pendapat,antara probiotik proNex dan 21century manakah lebih baik?atau ada yang lebih baik antara 2 jenama yang saya bagi?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih diatas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami situasi yang anda hadapi. Memandangkan anda telah mendapatkan rawatan untuk penyakit anda, disarankan anda untuk mendapatkan nasihat dan pandangan doktor anda mengenai pengambilan ubat dan probiotik. Hal ini kerana doktor anda mempunyai maklumat lengkap tentang tahap kesihatan anda, oleh itu doktor anda dapat menyarankan ubat dan probiotik yang sesuai dengan keadaan anda.
Untuk membantu anda hadapi masalah dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.