
Sulit
3 tahun
Psoriasis telah mengganggu waktu bekerja dan tidur saya sepanjang masa, saya mula rasa tidak selesa.. apakah ubat, cara mengatasinya?
Berumur 38 tahun, gatal di lutut dan siku lebih dari 2 tahun… luka selepas di garu dan meniggalkan kesan… telah mencuba ubat seperti melomet tetapi keadaan masih sama… apakah ubat yang sesuai untuk saya guna.?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui tentang ubat yang boleh diambil untuk keadaan kulit anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis/dermatitis/seborrheic
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Gangguan kelenjar peluh
- Gangguan pembuluh darah atau saraf
- Gejala-gejala awal kencing manis
Ubat yang sesuai hanya boleh diberikan kepada anda setelah diperiksa doktor pakar kulit.
Sesetengah ubat hanya akan merosotkan keadaan anda.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Berhenti dari pemakaian produk yang anda rasa memicu gejala tersebut dengan segera
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
- Mendapatkan bantuan doktor sesegera mungkin
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kami untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat dan rawatan yang boleh memperbaik keadaan kulit anda
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!