
Sulit
3 tahun
Punggung kucing bengkak akibat dipijak
Sya terpijak anak kucing sya …Dua hari lepas tu bru sya perasan perut dia kurus bahagian bawah,Punggung dia bengkak macam something nk terkeluar drpd dia lunya punggung…Dia still belari tpi lebih banyk menyorok…dia berak cair tpi ckit je kluar and najis tu melakat kat kaki dia

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan masalah kesihatan haiwan dan masalah pada sistem pencernaan ia. Berdasarkan penerangan anda, ia mengalami bengkak di punggung serta air besar yang cair dan melekit. Ia juga mempunyai sejarah trauma, terpijak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda terangkan itu boleh disebabkan oleh penyumbatan usus akibat trauma. Penyumbatan usus akan menunjukkan gejala seperti kebong, bengkak, loya, muntah, sembelit, sakit perut dan selainnya. Pendarahan usus yang disyaki akan mempunyai najis warna hitam dan melekit juga.
Namun begitu, gejala ini juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti jangkitan usus, sembelit biasa, penyakit radang usus dan ketumbuhan usus. Kemudian, untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dari penyakit ini, pemeriksaan dan penyelidikan lebih lanjut amat diperlukan. Tambahan pula, sistem tubuh kucing adalah berbeza dengan manusia.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah pada sistem pencernaan anak kucing anda serta gejala, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor haiwan dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.