
Sulit
3 tahun
Rasa bergerak di bahagian perut
Hi Doktor, saya lelaki berusia 25 tahun. Dah 1 tahun lebih saya begini, masa mula-mula kena dulu, malam tu mcm biasa cuma saya makan terlalu banyak… Sekitar jam 11 mlm begitu, kejang 1 badan sampai pergi kecemasan sebab panik bila ada rasa nyilu di tengah dada saya seumpama ada gelombang udara bergerak tapi rasa nya sangat la nyilu sehingga saya panik. Lepas malam tu, kehidupan saya x normal dah. Sekarang ni apa yang saya rasa semenjak dari tahun lepas ialah :
kadang rasa ada benda bergerak di perut atau atas perut (I’m not sure) tapi
memang nyiluMenguap (yawning) x dapat sepenuhnya.
koordinasi badan kadang rasa macam x stabil (lightheaded or something)
dulu makan hanya separuh pinggan ja sebab perut penuh walaupun mkn
sedikit, sekarang dah boleh makan sepinggan but still kenyang lama sangat.
Kadang kalau makan tengah hari, kenyang sampai malam pastu esok pagi baru makan lagi.And I think I developed anxiety problem because of this which makes thing worst, takut bila orang rumah keluar and saya tinggal sendiri, takut untuk drive.
Jadi saya nak minta saranan doktor, perlu kah saya pergi mendapatkan rawatan dan apa keadaan yang saya lalui ni. Puas dah saya pergi ke klinik and hosp tahun lepas but none of it dapat detect betul2 masalah saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami perasaan nyilu pada bahagian perut, menguap tidak sepenuhnya, masalah keseimbangan badan, dan peningkatan selera makan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda boleh berpunca daripada masalah sistem penghadaman seperti GERD ataupun masalah kesihatan mental seperti keresahan (anxiety) ataupun masalah pemakanan (eating disorder). Gangguan tekanan juga boleh menyebabkan gejala anda. Namun, kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Hubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi agar kami dapat membantu anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.