
Sulit
4 tahun
Rasa gatal di bahagian muka dan leher
Saya wanita berumur 21 tahun. Sejak 2 hari yg lepas saya rasa gatal di bahagian muka dan leher. Terdapat bintik2 kecil seperti ruam di seluruh muka dan leher. Perkara ni xpernah berlaku sbelum ni. Ini pertama kali.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa gatal dan terdapat bintik-bintik kecil di bahagian muka dan leher. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Jerawat /komedo
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Sekiranya masalah tersebut semakin teruk sehingga mengganggu keyakinan diri anda, adalah sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan rawatan. Justeru, punca haruslah diketahui sebelum rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih