nuraisyahazlan
5 tahun
Ringworm Atau Eczima?
Bayi saya berusia 6 bulan dan baru baru ini saya dapati ada ruam naik di bahagian pipi atas. Ruam itu berbentuk bulat pada asalnya dan lama kelamaan menjadi licin di bahagian tengah dan barrier bulatan mengelilingi kawasan kulit itu. Adakah ia eczima atau ringworm? Boleh doc cadangkan ubat yang sesuai untuk masalah tersebut jika ia nya ringworm?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Simptom yang terjadi dalam kurap banyak bergantung kepada sistem imun seseorang selain daripada kawasan yang terlibat sama ada jangkitan di kepala, kaki, alat sulit, kuku, dan sebagainya. Secara umumnya, gejala yang biasa berlaku ialah:
- Ruam
- Kulit kering, bersisik, kemerah-merahan
- Bisul
- Gatal-gatal
- Keguguran rambut (botak)
- Rambut rosak
- Kelemumur
- Kuku bertukar warna kuning atau hitam serta berkeruping
Ruam Kurap
- Ruam yang terjadi dalam penyakit kurap biasanya dihuraikan sebagai plak asimetri bersisik yang timbul di atas permukaan kulit. Kebiasaannya ruam ini berwarna kemerah-merahan, dengan bahagian tengah yang lebih cerah berbanding sempadannya ( border ) yang lebih gelap. Bentuk ini dipanggil ‘ central clearing ’, dan dinamakan sebagai ‘ringworm’ dalam jangkitan kurap.
- Selain itu, ada juga keadaan dimana timbul bisul-bisul kecil yang mengandungi air di sekeliling ruam ini selain daripada bintik-bintik merah di bahagian tengah. Walaupun begitu, ciri-ciri ini tidaklah boleh digunapakai dalam setiap ruam kurap kerana terdapat kes dimana kurap datang dengan manifestasi lain.
Berbeza dengan gelaran popularnya iaitu ‘ ringworm ’ (‘ ring ’ = cincin, dan ‘ worm ’ = cacing), penyakit ini bukanlah disebabkan oleh jangkitan cacing. Sebaliknya, gelaran ini digunakan sebagai rujukan kepada bentuk ruam yang terhasil setelah dijangkiti kurap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.