
Anonymous
5 tahun
Sakit bahagian celah kelangkang & pelvis
Saya wanita berumur 25 dan sedang hamil 35 minggu. Saya mengalami sakit di bahagian celah kelangkang & bahagian pelvis menyukarkan saya untuk berjalan seperti biasa. Sekarang saya mengguna tongkat untuk support pergerakan saya. Macam mana nk mengatasi & menghilangkan rasa sakit itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sesetengah wanita mengalami kesakitan pelvis (pelvic pain) semasa hamil. Anda mungkin menganggap pelvic pain atau kesakitan pelvis ini adalah perkara biasa dan jika ia menganggu aktiviti kehidupan seharian anda haruslah mendapatkan nasihat doktor
Fisioterapi bertujuan untuk melegakan atau meringankan kesakitan, meningkatkan fungsi otot dan memperbaiki kedudukan dan kestabilan sendi pelvis anda. Berikut adalah beberapa aktiviti dalam fisioterapi yang boleh berkemungkinan efektif untuk mengatasi masalah tersebut:
- terapi manual untuk memastikan sendi pelvis, pinggul dan tulang belakang bergerak seperti biasa
- latihan untuk menguatkan lantai pelvis (pelvic floor), perut, belakang dan otot pinggul
- latihan di dalam air
- nasihat dan cadangan termasuk posisi bersalin dan penjagaan bayi anda
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih