Anonymous
4 tahun
Sakit dada dan hypertyroid
Saya wanita beumur 20 tahun. Saya di diagnos dengan hypertyroid. Saya dah lama alami gejala sakit dada. Kadang2 masa berlari saya sakit dada sampai susah nk bernafas sbb bila saya tarik nafas saya rasa sakit mcm kene tekan. Bila saya bersin atau batuk pon sama juga. Adakah hypertyroid ni ada kaitan dengan sakit dada saya. Sbb heartbeat saya laju lebih daripada 100 seminit.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Masalah hipertiroid adalah sebuah masalah berlaku akibat daripada penghasilan hormon tiroid yang terlalu tinggi dan menyebabkan peningkatan aktiviti sel tubuh badan anda.
Hal ini akan menyebabkan organ-organ berfungsi dengan lebih pantas dan bekerja lebih banyak lantas menyebabkan simptom-simptom seperti:
- Banyak berpeluh
- Sensitif terhadap suhu tinggi
- Tangan menggeletar
- Degupan jantung yang pantas
- Cirit-birit
- Penurunan berat badan yang tidak dirancang
- Lemah-lemah otot
- Kesukaran tidur (insomnia)
- Rasa bimbang
- Perasaan gemuruh
- Keguguran rambut
- Gangguan kitaran haid: Kadar haid yang tidak teratur, terlepas tempoh haid atau haid yang ringan
- Masalah ketidaksuburan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih