
zamriharith13
5 tahun
Sakit di buah zakar sebelah kanan
Assalamualaikum doktor, saya zam berumur 22 tahun, selepas saya onani saya mandi air panas, tiba2 terasa sakit di sebelah kanan buah zakar saya dan sakit juga di bahagian bawah pusat, saya dpt lihat buah zakar belah kanan saya membengkak dan kebawah, ianya sangat sakit sehingga saya rasa spt tidak boleh bernafas dgn baik, apakah masalah ini doktor dan apakah yg saya perlu buat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit buah zakar anda boleh disebabkan:
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Angin pasang (hernia) terbelit
- Jangkitan buah zakar
- Hidrosele - bengkak cecair dalam buah zakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.