shunieyka
7 tahun
Sakit Perut,Perut Kembung
Hi, saya wanita berumur 22 tahun. Pada 3 hari lepas (sabtu) perut saya sakit rasa mencengkam dan rasa macam memulas seperti terkena food poisoning tetapi saya tidak cirit birit…saya hanya rasa loya sendawa dan buang angin…tetapi pada keesokan harinya sehingga hari ini perut saya sakit selepas makan,berasa loya dan buang angin…kadang kadang tangan dan kaki saya berasa sejuk seperti demam. Cumanya perut saya sakit tak seteruk masa hari pertama…boleh saya tahu adakah keadaan saya serious atau sekadar perut kembung sahaja? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak anda, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan sakit perut yang anda alami. Antaranya:
- Kembung perut akibat terewat makan
- Masalah gastrik
- GERD
- Ulser perut
Sekiranya sakit perut anda berlarutan, sila rujuk kepada doktor dengan segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.































