allianadirah97
4 tahun
Sakit pinggang belakang
Hai assalamualaikum doktor, Saya wanita 20 an dan belum berkahwin
Saya mengalami sakit pinggang bahagian belakang, sakit tu datang tiba tiba , kadang rasa lenguh berat je pinggang bahagian belakang , bila bersin pon ade rasa sakit… duduk tak boleh lama , apa yang patut saya buat doktor?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh rakan anda. Untuk makluman pihak anda masalah sakit pinggang boleh disebabkan oleh;
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
Masalah pada struktur ovari pada wanita
Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang rakan anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.