
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang sebelah kiri dan lenguh pada bahagian kali kiri
Tidak pernah sakit pinggang sebelum ni melainkan sakit pinggang ketika haid shj. Tapi kalini sakit sebelah kiri shj trmasuk lenguh pd bhagian kaki sebelah kiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit pinggang.
Untuk makluman anda, sakit pinngang di sebelah kiri boleh disebabkan oleh beberapa perkara termasuklah:
- Jangkitan salur kencing
- Batu di buah pinggang ataupun pundi kencing
- Sindrom nefrotik
- Radang glomerulus (glomerulonephirtis)
- Endometriosis
- Keradangan pelvik
- Kandungan luar rahim
- Keradangan usus
Sekiranya sakit ini berlanjutan, saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.