
Sulit
3 tahun
Saya mengalami penyakit kurap Sejak berumur 13 tahun. Sekarang kurap itu berwarna Hitam jika saya garu berwarna putih
Saya wanita berumur 17 tahun . Saya mengalami kurap Sejak umur Saya 13 tahun. Sekarang umur Saya 17 tahun kurap tu meninggalkan kwsan patut berwarna Hitam Jika Saya garu kawasan Hitam itu . Kawasan itu bersisik Dan Ada Putih Putih . Ubat APA yang patut Saya beli di farmasi . Dan bagaimana hendak hilangkan Hitam itu semula? Saya Cuba menggunakan scrub badan tetapi tidak tanggal .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah kurap yang berwarna hitam, bersisik dan menjadi putih apabila digaru. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Pakaian yang terlalu ketat
- Masalah peluh
- Kurang penjagaan kebersihan
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Jerawat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.