
Sulit
4 tahun
Saya terkena paku karat di kaki
assalamualaikum.saya lelaki berumur 19 tahun. 3 hari yang lepas saya terkena paku karat,pastu esok tu saya pergi ke klinik untuk membuat suntikan tapi bila saya jumpa doctor ,doctor tu cakap dah tak boleh suntik sebab lebih 24 jam pastu dia bagi ubat tahan sakit and surut bengkak. saya nak tanya doctor takpa ke kalau kita terkena paku karat tapi tak suntik? tak jadi pnyakit apa2 ke kat diri saya ? apa perlu saya buat. mohon pendapat doctor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman anda, suntikan tersebut perlu diberikan dalam masa 48 jam. Jika telah melebihi tempoh tersebut, ia tidak lagi berfungsi. Terdapat risiko kancing gigi tanpa suntikan tersebut. Namun, doktor anda telah memberikan ubat surut bengkak dan antibiotik bagi memastikan anda tidak mendapat jangkitan kuman pada lokasi paku berkenaan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.