Sulit
5 tahun
Saya tidak pasti kalau ia adalah kudis buta
saya seorang perempuan yang berusia 17 tahun. saya mengalami penyakit ini sejak sekolah menengah lagi dah. Kudis ni timbul dan baik kemudian ia timbul lagi baik timbul lagi hingga seterusnya. saya hanya sapu ubat dan ia baik kemudian ada lagi. Kadang-kadang tu gatal sangat dan ibu saya suruh siram dengan air panas Alhamdulilah lah reda sikit. Apa penyebabnya sebenarnya.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kudis buta atau ‘Scabies’ merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit di mana ia dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.
Untuk makluman pihak anda, kudis buta boleh disebabkan oleh pendedahan kepada kutu kudis ini walaupon dalam tempoh masa yang singkat, iaitu hanya dalam 15-20 minit.
Terdapat beberapa simptom dan tanda yang akan dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit ini. Ia adalah:
- Ruam pada pada beberapa kawasan badan
- Kulit menjadi tebal dan kehitaman disebabkan keradangan yang kronik
- Rasa gatal yang teruk. Ia akan membuat seseorang pesakit untuk sentiasa menggaru kawasan tersebut
- Ruam tersebut mempunyai terowong kecil. Disitulah parasit scabies menetap
Namun, ada beberapa penyakit lain yang menunjukkan simptom yang sama seperti masalah kudis buta ini. Penyakit tersebut adalah:
- Penyakit Chicken pox(cacar air)
- Gigitan kutu katil(beg bud)
- Dermatitis
- Ekzema
- Penyakit kaki tangan dan mulut
- Demam campak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.


































