Sulit
3 tahun
Seminggu yang lalu saya telah cabut gigi geraham dan dibus sebanyak 3 kali.. saya juga diberi makan antibiotik.. selepas 7 hari gigi dicabut saya mengalami kebas di lidah.. saya nak tahu apa sebabnye dan adakah itu normal?
Seminggu yang lalu saya telah cabut gigi geraham dan dibus sebanyak 3 kali… saya juga diberi makan antibiotik… selepas 7 hari gigi dicabut saya mengalami kebas di lidah… saya nak tahu apa sebabnye dan adakah itu normal ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara komplikasi selepas cabut gigi adalah terasa kebas pada mulut. Kebas mungkin boleh terjadi jika berlaku kecederaan saraf terutamanya pada kawasan pra-molar dan geraham bongsu. Perkara ini biasanya bersifat sementara, tetapi pada sesetengah kes, kecederaan yang teruk pada saraf yang telibat boleh membawa kepada kehilangan deria rasa/kebas yang kekal.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.