Sulit
3 tahun
Gigi bongsu ada dua di tempat yang sama
Saya lelaki umur 31 tahun. Saya telah pergi mencabut gigi bongsu saya bahagian atas sebelah kiri. Selepas beberapa hari saya telah memeriksa bahagian gigi yang telah dicabut tersebut dan mendapati masih terdapat gigi di tempat yang telah dicabut tersebut. Gigi tersebut berada di dalam gusi dan saya yakin bukan sisa tinggalan dari gigi yang telah dicabut. Soalan saya, bolehkah gigi bongsu ada dua di tempat yang sama?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, mustahil ada 2 gigi bongsu di tempat yang sama. Apa yang anda terdapat di bahagian gigi yang telah dicabut tersebut mungkinnya adalah tisu granulasi. Tisu granulasi biasanya dalam warna putih, adalah pertumbuhan tisu baru dalam proses penyembuhan yang terdiri daripada saluran darah, kolagen, dan sel darah putih.
Sila jangan ganggu tisu granulasi tersebut untuk memastikan penyembuhannya berfungsi dengan baik, serta supaya tidak membawa jangkitan ke tempat tersebut. Bahagian gigi yang dicabut biasanya ambil masa sekurangnya 2 minggu hingga 6 minggu untuk sembuh.
Sekiranya anda mengalami sakit pada tapak gigi yang dicabut, demam, mulut berbau busuk dan keluar cecair dari bahagian gigi dicabut, sila berjumpa doktor dengan lebih lanjut sebab mungkinnya jangkitan telah terjadi.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.